Pages

Saturday 27 September 2014

Kisah Aku & Arnab Comel ku.

Buah hati penawar duka selain manusia yang berada disekeliling kami adalah 2 ekor arnab comel yang kami sayang...

Nama 2 ekor ni asalnya sedap...atan dan atoi..(masa tu x tau jantina ) rupanya2 betina 2-2 ekor ni..lama kelamaan nama dah terbiasa panggil si lebam dan si gemuk...sebab sekor tu mata dia nampak macam kene tumbuk haha...panggillah si lebam dan sekor lagi gemuk sebab dia gemuk..2 ekor arnab aku dari jenis Teddy Bear..

Macam mana boleh bela arnab 2 ekor ni??..
asalnya dari FB..ternampak Abg Mustapha Kamal (artis tu...)nak let ho arnabnya..so aku ni pun PM lah..sebenarnya nak jumpa je Abg Mus dari dekat..haha..tu je reason pun bukan pasal arnab...mmg jumpa pun Abg Mus ,wife dia dan anaknya..keluarga ni mmg peramah dan baik sangat..

Berbalik cerita arnab tadi..lama kelamaan jadi sayang dan dah jadi sebahagian keluarga kami..kemana kami pergi pasti bawak si arnab ni..tak boleh tinggal tau..Kalau tinggal pun pasti anak2 akan nangis...sedih...


Ni si comot 2 ekor..
lebam sebelah kiri dan gemuk sebelah kanan..

Kat atas tu muka sedih lepas kene tinggal 3 hari kat Pahang...bila jumpa sungguh exited arnab ku ini..sebenarnya aku yg risau kat dieorg ni sampai tak senang duduk...haha

Hari ni aku bawak keluar arnab dari sangkar ajak dia lepak2 kat atas kerusi ni..tiba2..si lebam..rindu agaknya..terus naik ke riba aku..sebelum ni tak pernah pun dia nak duduk kat aku secara suka rela..kene tangkap baru nak duduk diam..tapi hari ni lepas kene tinggal..terus dia baik dengan aku...haha... agaknya mintak jangan ditinggalkan kot...

Seronok pelihara haiwan ni..sebab lama kelamaan kita akan dpt memahami mereka..


kids bagi makan muruku kat gemuk..
suka pulak dia makan muruku..



Tengoklah budak2 ni..
Mia pulak nak suapkan si gemuk..
masa ni si lebam duduk atas riba aku takmo turun..


Inilah muruku yang dieorg suapkan kat mulut si Lebam dan Si Gemuk...

Sejak kehadiran 2 ekor ni dalam hidup kami..bertambah ceria..percayalah..kalau korang pelihara apa2 haiwan..mesti rasa reda kalau nak marah bila tgk muka dieorg..

Danial request kat aku nak adopt kucing..tapi tak larat aku nak jaga sebab aku tak tahan bau poo poo dia..hehe..

Ok ni je kisah arnab yang jadi penyeri dalam family kami..doakan arnab kami panjang umur ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...