Pages

Friday 2 January 2015

MATLAMAT 2015

Matlamat pada tahun 2015

1) Memulakan perniagaan teh bunga pada Januari,2015 
- Tak jadi biz ni sebab susah.banyak prosedur.Tukar produk yang senang sikit untuk permulaan ni.
2) Mencapai jualan RM 1juta dalam masa 1 tahun
3) Mempelbagaikan produk pinjaman pada tahun 2015
- Dah buat 3 jenis loan.Alhamdulillah berhasil.
4) Sales untuk pinjaman sekurang-kurangnya RM100k
5) Upgrade kereta untuk mudahkan perjalanan 
- Dah beli Waja CPS
6) Beli rumah
7) Bagi mak dan abah Rm500 sebulan sekurang-kurangnya
8) Bayarkan hutang mak
9) Selesaikan masalah muka - jumpa pakar
10) Ubatkan tirod - jumpa pakar
- Dah buat blood test..lepas ni follow up kat BP Specialist Rawang sahaja.
11) Balik kg selang 2 minggu antara rumah sendiri dan mertua
12) Bercuti setiap 3 bulan ke Langkawi,Singapore,Jb,Penang
13) Saving sekurang2nya RM10k pd 2015
14) Saving anak-anak sekurangnya RM2k seorang
15) Selesaikan hutang kereta Wira 2015
16) Selesaikan hutang ptptn,ctos dan blacklist papa.
17) Mensasarkan untuk buka kedai teh bunga konsep santai
- Tak jadi buat dalam masa terdekat.

Ini antara azam dan matlamat 2015.Moga akan jadi mudah..amin.

SELAMAT DATANG 2015


Selamat datang 2015...
Alhamdulillah Allah masih memberikan aku nyawa untuk menikmati hidup di tahun 2015.
Untuk hidup aku di tahun 2015 Alhamdulillah tak seperti tahun sebelum-sebelum ni agak susah sikit.tapi Alhamdulillah tahun ni permulaan yang baik apabila melangkah ke tahun baru segala masalah 2014 telah diselesaikan dengam sempurna.

Mengimbau semula 2014..
1) Hidup aku agak susah dalam setahun ni sebab aku diganggu owner kereya Myvi yang aku ambik sambung bayar.Tak ku sangka rupanya betul cakap mak aku org macam tu tak berapa cerdik jangan berurusan sebab kelak menyusahkan.Akibat tak dengar cakap mak macam tulah..memang jadi kenyataan.Owner kereta tu memang susahkan aku dan aku juga berjaya pulangkan kereta myvi tu pada bulan 10/2014 di Balai polis Sungkai.Sampai ke balai setel kes ni.Memang perit dalam tempoh setahun sebab aku kene berdepan dengan meeka yang berjaya buat hidup aku serabut.Bila dah serabut susah nak buat keje dan income pun teruk.

2) Lepas selesai kereta kami berhadapan 1 lagi masalah apabila kami telah diarah mengosongkan rumah sewa by tuan rumah.Kejadian ni berlaku paa 11/2014.Memang dah nekad juga nak pindah tapi bila difikir 100x ,masih ada jalan penyelesaian kepada ,masalah kami.Akhirnya setelah en suami cuba berbincang dengan tuan rumah akhirnya kami boleh tinggal di sini lagi.Dan kami juga berniat untuk tak pindah dari sini hingga kami mampu beli rumah kami sendiri.

2014 tak ada warna sangat..biz kami pun agak teruk..hidup kami biasa sahaja pada tahun 2014..yang aku ingat sepanjang tahun bermasalah kerana kes Myvi tersebut..bila masalah terakhir kami iaitu rumah sewa selesai aku amat bersyukur sebab anak-anak aku masih berteduh di tempat yang agak selesa dan berakhir sudah ,masalah besar aku.Hujung bulan 12 Alhamdulillah ada rezeki yang Allah bagi pada kami sekeluarga..jadi kami melangkah 2015 dengan ,masalah yang telah selesai..2015 kami mulakan hidup baru.

Detik gembira kami:-
1) Naim berjaya naik pentas dapat no 3 dalam kelas.Alhamdulillah walaupun mid term test dia dpt no 30 something..dan final exam dpt no 3..peningkatan mendadak.

Sekian untuk tahun 2014.Banyak duka dari suka.Tapi aku juga belajar dari kesilapan..belajar lagi mengenal orang..
Semoga 2015 akan lebih mewarnai hidup kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...