Pages

Tuesday 21 July 2015

RAYA 2015 BERSAMA SAHABAT KELAS 5B - 2001


Alhamdulillah..tahun ni dapat bertemu sahabat lama yang dah memang lama tak berjumpa..semuanya sihat-sihat.Persahabatan yang dah lama terjalin tak  mungkin akan terlerai dengan mudah...moga persahabatan kami semua kekal hingga ke akhir hayat.

Kali ni dengan tak ada perancangan kami dapat beraya bersama..mula-mula Ani,Joe dengan Cedi datang kerumah aku nak beraya..nasib baik dieorang datang awal seminit kalau tak memang aku nak keluar beli pampers si Mia sebab stok pampers dah habis.Dah datang rumah aku jamu dengan juadah raya dengar pulak dieorang nak pusing rumah kawan-kawan..tak jadilah aku pegi kedai..terus join dieorang jalan raya..ingatkan sekejap je..rupa-rupanya sampai ke malam..habis semua rumah kami pusing...(mana yang ada kat kampung je la....) ramai juga yang tak ada sebab ikut giliran suami/isteri masing-masing.

Ini je gambar raya yang ada tahun ni..Insyaallah kami akan buat foto shoot untuk keluarga pulak sebab hari tu tak sempat nak bergambar..sibuk betul plus tak cukup tidur sebab terkejar ke sana dan sini dalam sehari merentas banyak negeri dengan perjalanan hampir beribu kilometer.Inilah raya tahun ni..raya macam gile sebab ada kereta baru..hahaha...

Nanti aku akan kongsi post pasal kereta pulak...macam mana last minute aku dapat beli kereta yang kami nak tapi rasanya tak mampu sebab downpayment tinggi sangat tapi akhirnya rezeki kami jugak...

- bersambung post akan datang pulak...





Bergambar di rumah Hajah


Bergambar di rumah Noriah


Bergambar di rumah Mior

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015



Alhamdulillah..kedatangan Syawal di sambut dengan gembira..berlalunya Ramadhan..walau macam mana pun hati tetap sayu sebab Ramadhan bulan paling Mulia antara bulan yang lain dah berlalu..tak tahu samaada sempat atau tidak bertemu Ramadhan akan datang.

Kali ni semuanya berjalan lancar..Ramadhan pun kami dapat lalui dengan baik walaupun tak berapa sempurna seperti yang diharapkan tetapi Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.Kali ini urusan kami dipermudahkan dari awalnya dan kami dapat lalui dengan tenang.

Sambutan Aidilfitri kali ni kami sambut dengan sederhana.Tak banyak gambar keluarga yang dapat aku ambik memandangkan masa sangat singkat.Kami lebih banyak berziarah melawat sahabat dan keluarga.Alhamdulillah hajat tercapai untuk melawat sedara mara dan sahabat dan yang paling penting dapat beraya bersama anak-anak.

Raya pertama, kami beraya di Pahang dan Melaka bersama anak-anak dan raya ke-2 kami beraya di Perak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...