Saturday, 31 October 2015

BIG WHY???


Semalam sampa lagi ke Pahang untuk Meeting AIM...balik je Naim dari sekolah...terus ambik dan datang sini...datang awal lebih baik sebab boleh rehat2...tgh sarat ni memang penat sikit...sampai je kat sini dah malam..dalam tergolek-golek nak tidur...mata tak boleh nak lelap...tak tau lah makan apa sampai tak boleh tidur....

Teringat Kuliah Online Dr Azizan yang tak habs tengok last week...jadi saya pun buka laptop dan sambung kuliah tgh pagi...orang lain tidur...dapat la fokus sikit..

Dalam kuliah online tu...saya tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Afdlin Shauki selaku artis jemputan Dr Azizan...dalam seminar tu...dia ada tanya perserta tentang apakah WHY?? anda...aku pun first time jugak dengan WHY??WHY?? nak buat biz ni...awalnya jawapan semua sama...nak kaya...nak bebas kewangan....tapi menurut beliau...WHY yang ada dalam diri kita mestilah kuat/kukuh walaupun hujan ribut atau tsunami datang kita tetap dan tak akan berubah dengan WHY kita....

So saya masih tak faham apa itu sebenarnya WHY??? dan bila Afdlin explain dan memberiakn contoh barulah faham tentang WHY yang dimaksudkan...

BIG WHY? adalah kenapa dan apa tujuan kita buat apa yang kita buat sekarang ...contohnya berniaga...WHY kita berniaga....

Ok...saya cuba share BIG WHY saya...


WHY? SAYA NAK BERNIAGA?

1) SAYA NAK BANTU KEDUA IBU BAPA SAYA YANG DAH BANYAK BERSUSAH PAYAH KERANA SAYA DARI KECIL SAMPAI DEWASA.
- Dengan berniaga sahaja saya dapat bantu mereka jika mereka sakit sebab saya ada kebebasan masa untuk balik ke kg tanpa terikat dengan bos.
- Saya nak bayarkan semua hutang mereka supaya mereka dapat kurangkan masa bekerja mereka.So mereka ada lebih masa untuk beribadat
- Saya nak bagi mereka sara hidup setiap bulan jadi mereka tak perlu bersusah payah fikir keadaan ekonomi yang mendesak.Biar saya yang fikir.
- Nak bagi rumah yang selesa kepada mereka.

2) SAYA NAK MASA BERSAMA ANAK-ANAK & KELUARGA>> NAK LIHAT MEREKA MEMBESAR DEPAN MATA.
- Dengan berniaga sahaja saya dapat memantau anak saya 24/7
- Saya dapat menjaga keluarga saya 24/7

3) SAYA TAK SUKA TERIKAT DENGAN BOS.TAK SUKA MASA YANG DIATUR DEMI KEKAYAAN ORG LAIN. ( TAK SUKA MAKAN GAJI)
- Saya tak suka kerja dengan orang lain.
- Saya tak boleh diarah
- Saya tak suka dengan masa kerja atau jadi seperti kebanyakan orang keluar pagi dan balik malam hanya untuk menerima gaji yang sentiasa tak cukup.
- Pengalaman saya apabila kerja dengan orang lain saya akan "mengantuk" atau mudah nak tertidur dan jadi seperti langsung tiada semangat.

Itulah antara BIG WHY saya...sedar tak sedar dah hampir 10 tahun tak makan gaji atau kerja dengan org lain...saya memang tak boleh kerja dengan org lain kerana sebab -sebab di atas...apa pun jad saya tetap nak juga berniaga tapi rupanya cara saya salah...

Saya ego dan berlagak saya dah tahu semua...maklumlah....pernah belajar kat Universiti dulu pasal marketing,pasal biz,pernah join MLM...konon2 serba serbi dah tau...tapi sebenarnya saya silap....sebab tu saya tiada peningkatan hidup yang banyak...mendatar je kehidupan saya...

Lepas saya dengan Kuliah Online tu...baru saya sedar sebenarnya...apa yang saya tahu tu sikit sahaja...saya kene dapatkan ilmu,dapatkan mentor yang akan guide saya dalam perniagaan sebenar....Insyaallah saya kan masuk kelas Dr Azizan bulan Disember ni IMKK...saya  nak belajar 'buit duit" dengan biz COKLAT...saya nak capat RM1 JUTA pertama saya sebelum umur saya mencecah 32 tahun pada 21 DISEMBER 2016.


Sunday, 25 October 2015

Sumber Modal dari Amanah Ikhtiar Malaysia


Ini cerita tentang Amanah Ikhtiar Malaysia...pada mulanya saya agak skeptikal dengan program AIM...walaupun mak saya cakap AIM sangat bagus dalam membantu sahabat di bawah AIM..bagi saya pulak ianya menyusahkan sebab nak kene datang meeting setiap minggu...lagi pulak bagi saya tak sesuai dengan saya...>>masa tu tinggi betul ego...

Akhirnya setelah Allah memberikan ujian kepada saya...saya mula nampak AIM boleh bantu...eh..tetiba pulak...ye..tiba-tiba sahaja tuhan buka hati saya....
Bukan suka-suka nak pinjam duit dan enjoy....

Pengalaman saya dalam menguruskan pinjaman customer..dah 8 tahun...saya dapat belajar...duit pinjaman bukan untuk enjoy...walaupun tujuan utama orang ambik loan sebab nak selesaikan masalah hutang yang bertapuk...berbeza dengan saya...saya terbuka hati nak ambil loan bukan untuk saya enjoy atau cover hutang lama...sebab saya nampak AIM ni boleh bantu saya selesaikan MASALAH UTAMA saya apabila saya nak berniaga iaitu MODAL....

ye...memang modal bukan masalah utama untuk berniaga TETAPI untuk biz terus berkembang saya perlukan dana atau sumber2 untuk biz saya terus survive...dan daripada situlah dapat idea nak join AIM sebabnya:-

- AIM PEMBERI DANA YANG MUDAH >> TANPA PENJAMIN,CAGARAN
- PROSES TAK SUSAH
- AMAUN SEMAKIN TINGGI SEKIRANYA BAYARAN BALIK CANTIK DAN KEHADIRAN TIP TOP.

Dan saya..
Boleh rancang perjalanan biz saya...seiring dengan target dana yang akan diberi oleh AIM nanti...

Sekarang saya dalam proses masuk kelas 3 hari untuk belajar tentang AIM...lepas 3 hari ni saya dah boleh bentangkan saya punya projek untuk dapatkan kelulusan Sahabat,Pegawai Amanah dan Pengurus Cawangan AIM.First loan ni RM5000...dengan duit ni saya akan gunakan untuk Langkah pertama saya...untuk mencari dan gali ilmu di IMKK,Klinik Usahawan dan Kursus Asas Coklat pada November dan Disember 2015 ni..

Harapnya semua berjalan dengan lancar...Amin...





Yeay..saya dah daftar Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan!!

Alhamdulillah...

Kali ni saya memang NEKAD nak ubah  hidup saya...saya dah pun buat tindakan hari ni dengan mendaftarkan diri ke kursus Usahawan Coklat under Lembaga Koko Malaysia di Nilai pada 2-3 Disember ni...

Kali ni saya memang rasa aura perubahan tu...sebab saya taknak lagi hidup terkais-kais sampai saya tua...saya nak berubah nak jadi usahawan berjaya...orang lain boleh buat kenapa saya tidak....apa yang penting tindakan dan langkah pertama...



lepas ni nak register IMKK pulak takut promo offer habis..rugi..ni kelas untuk saya berubah dan cari idea dalam perniagaan..moga Allah permudahkan usaha saya...saya nak bantu keluarga dan nak menyenangkan hati ibu bapa saya yang dah banyak berkorban...INI MASANYA UNTUK BERUBAH.....!!!!

Pentingnya Perancangan Dalam Perniagaan...

Assalamualaikum semua....

Saya baru sampai di Pahang...merentas perjalanan hampir 200km untuk ke sini...lebih kurang 2 jam 30 minit dari rumah saya ke Triang melalui jalan lama...sambil-sambil melihat dan berfikir tentang ciptaan Allah..dah bosan melalui Highway...ikut jalan lama lebih tenang....

Semalam saya terfikir ...masa sibuk mengemas dapur rumah...saya terfikir tentang pentingnya Perancangan Perniagaan...menurut "Mak Angkat" saya...dia tiada planning dalam hidupnya...buat duit hanya untuk "survive" dalam kehidupan...saya terfikir tentang kata-kata beliau...bagi saya...saya tak begitu bersetuju dengan pendapat beliau....(masa tu senyum dan angguk sahaja....).Walaupun saya tak berjaya dalam perniagaan...hampir 10 tahun bekerja sendiri...dan adakalanya buat biz dan gulung tikar..tapi saya tahu perancangan dalam perniagaan adalah amat penting sekali..



Kenapa Penting...
Bagi Saya...
1) Perancangan ibarat peta yang memacu kita ke destinasi
2) Menjadi kayu ukur tahap progress biz kita

Sepertinya....kita berjalan tapi tak tahu arah...dari Utara..terus berjalan tanpa arah....jalan-jalan punya jalan sampailah ke Timur...Selatan...Barat....mana sahaja langkah terhenti kat situ destinasi kita....boleh ke macam tu??...heheh
Kalau zaman sekarang....isi minyak kete full tank jalan sampai minyak habis...dan kat situlah kita akan sampai....boleh ke macam tu???mesti takkan...buatnye sampai ke dalam hutan...??
Sekarang saya pun sedang merancang apa yang patut dan saya mesti buat sebelum berakhirnya 2015....Insyaallah tahun hadapan saya akan melahirkan baby..macam-macam persediaan dan perancangan nak kena buat...jadi saya merancang baki 2 bulan dalam tahun 2015 untuk mencari dan menggali ilmu sahaja...untuk projek biz terpaksa ditangguhkan lepas baby keluar nanti.....

Apa yang saya buat sekarang:-
1) Register klinik Usahawan Dr Azizan November ni di Melaka
2) Register IMKK 3 hari pada December
3) Register dengan LKM untuk Program Usahawan Coklat
4) Berjumpa dengan usahawan Coklat...nak berguru dengan beliau...

Inilah yang saya akan buat untuk habiskan tahun 2015 ni...Moga Allah permudahkan urusan saya...doakan ye!!...

Wednesday, 21 October 2015

Cerita coklat lagi...Nak Mula Perniagaan Coklat.




Coklat...coklat...
Pagi ni saya bangun tidur awal..tengok video DR Azizan Osman, baca blog-blog motivasi,tips pemasaran dan macam-macam lagi bahan bacaan berkaitan perniagaan...sebenarnya dah seminggu saya mencari ilmu di Internet..sebabnya kami sedang diuji dalam perniagaan dan rasa tak ada improvement...rasa down sangat2..jadi saya keluar dari KL seketika untuk mencari idea dan audit semula diri,perniagaan ,betul atau tak jalan yang saya pilih selama ini....

Jawapannya...apa yang kami suami Isteri ni buat lebih kepada bekerja sebagai FREELANCE..menjadi agen Pinjaman Bank,Pinjaman Berlesen dan juga Broker Kereta.Kesilapan saya menganggap ianya adalah perniagaan..sebenarnya TIDAK...

Kenapa saya cakap TIDAK sebabnya saya tak nampak ianya boleh berkembang dan tak boleh diwarisi...takut-takut nanti bila usia dah senja baru tersedar....(tapi saya tak cakap jadi agen pinjaman atau broker kereta itu tak bagus....) cuma tak kena dengan MATLAMAT saya untuk membina empayar perniagaan,mencari 100% pendapatan HALAL dan perniagaaan yang boleh DIWARISI...

Ok berbalik cerita coklat tadi...idea ni saya pernah dapat kalau tak salah last year..dan saya pernah berguru sehari dengan Pengusaha Coklat Chocs Valley...(sangat baik orangnya..tak lokek ilmu)..saya nak buat perniagaan coklat..tapi setelah berfikir banyak kali (masa tu tiada ilmu....tiada duit yang cukup..) saya tangguhkan niat saya untuk menceburi perniagaan ini...

Dalam berkira-kira nak masuk bidang coklat ni saya ada juga buat list produk atau biz yang berpotensi untuk dijual...tapi akhirnya saya dan suami memilih untuk Menjual Kereta!!!....haa...Alhamdulillah lepas 7 bulan dah merasa upgrade kereta elok sikit daripada Wira kami tu....(bolehla daripada takde....)

Bila dah upgrade kereta...timbul pula persoalan lain...sampai bila nak jual kereta??..walaupun Jual beli kenderaan ni ada potensi besar untuk kita buka showroom atau used car sendiri...tapi tak menepati salah 1 MATLAMAT asal saya iaitu..
1) MECARI REZEKI 100% HALAL >>> YANG NI MASALAHNYA...
2) MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN 
3) BOLEH DIWARISI...

ye...

Mencari rezeki 100% halal..saya tak cakap jual beli kereta tu tak halal..Kalau melibatkan urusan jual beli secara TUNAI tak ada masalah tetapi saya uruskan jual beli kenderaan secara hutang dengan syarikat KREDIT...Ianya melibatkan beberapa proses yang saya rasa tak berapa nak menepati..contohnya semasa urusan pinjaman dibuat..ada beberapa proses penipuan..(saya x suka...) dan ada sikit isu rasuah ..(tak perlu cerita detail...)

Jadi saya rasa ...saya perlu cari perniagaan yang betul-betul boleh menepati 3 MATLAMAT UTAMA saya tadi...jadi pagi tadi saya terfikir untuk kembali kepada idea asal untuk Memproses,membuat & Mengedarkan Coklat...

Kenapa Memilih Coklat>>
- Sebab saya rasa susah umat Islam nak cari coklat halal...lambakan coklat di pasaran semuanya bukan Islam yang buat...status HALAL pun diragui...kadang-kadang tak ada tanda halal pun....
- Coklat mudah jual..semua peringkat usia pun makan coklat..
- Coklat tak lapuk di hujan tak telan di zaman...dari dulu sampai sekarang masih makan coklat....
(Insyaallah in future akan cari ilmu lagi berkaitan coklat..)

Tindakan yang pertama saya>>>
- Check jadual kursus dengan LKM >> date dah dapat
- Daftar kursus DR Azizan Osman >> IMKK bulan DEC dan Klinik Usahawan pada NOV.
- Buat sedikit research berkaitan industri coklat.
- Cari mentor >> saya nak cuba jumpa semula owner chocs valley...

Insyaallah..kali ni saya nak Istiqamah dan FOKUS dengan keputusan saya buat pagi ni...
Semoga kali ini saya akan berjaya..Amin...



Ulasan Buku: KE MANA WANG ANDA? OLEH HAJAH ROHANI.


ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdullah..masih bernafas di bumi ini..dah lama tak update blog...super busy akhir-akhir ni...mengejar kekayaan tetapi...tak kaya-kaya...Sedar tak sedar dah pun nak masuk hujung tahun...List Matlamat banyak lagi tak tercapai...There must be something wrong somewhere...
Berpeluang ke kedai buku..sebenarnya dah lama jugak tak jejak kedai buku...terjumpa dengan buku ni...sebenarnya memang mencari-cari Buku berkaitan kewangan ...kene tambah ilmu sebab dalam tempoh hampir setahun ni masih tiada improvement dalam ekonomi dan pengurusan kewangan keluarga...
Ok kita teruskan dengan ulusan buku ni...
Buku ni memang bagus..terutama sekali bagi mereka YANG TIDAK MERANCANG KEWANGAN DARI AWAL.Saya sendiri terbuka MINDA apabila membaca buku ni..dan tak pernah terfikir bahawa saya pun boleh jadi JUTAWAN pada usia persaraan nanti walaupun tak bekerja dan mempunyai simpanan KWSP...!!Haaa....macam mana tu?...kenalah baca buku ni...

Buku ni juga tekankan untuk kita ambil PERLINDUNGAN dan Rancang SIMPANAN dari awal..lebih awal kita menyimpan atau menabung lebih tinggi pulangan yang kita dapat melalui Amanah-amanah saham dan sebagainya...
Yang penting juga dengan membaca buku ni..kita dapat membuat perancangan bagaimana nak beli RUMAH,PEGI HAJI,BAYAR HUTANG,BELI KERETA dengan cara yang betul..
Saya tak pandai nak ulas panjang-panjang..apa pun Saya sangat cadangkan untuk BELI BUKU ni..sebab sangat baik untuk tambah ilmu dan perbetulkan kewangan anda.

Alhamdulillah saya dah baca..dah nampak kat mana yang saya perlu perbetulkan..Insyaallah..tahun 2016 akan bertambah sihat ekonomi keluarga kami.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...