Pages

Saturday 31 October 2015

MY BIG WHY 2016


Semalam sampa lagi ke Pahang untuk Meeting AIM...balik je Naim dari sekolah...terus ambik dan datang sini...datang awal lebih baik sebab boleh rehat2...tgh sarat ni memang penat sikit...sampai je kat sini dah malam..dalam tergolek-golek nak tidur...mata tak boleh nak lelap...tak tau lah makan apa sampai tak boleh tidur....

Teringat Kuliah Online Dr Azizan yang tak habs tengok last week...jadi saya pun buka laptop dan sambung kuliah tgh pagi...orang lain tidur...dapat la fokus sikit..

Dalam kuliah online tu...saya tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Afdlin Shauki selaku artis jemputan Dr Azizan...dalam seminar tu...dia ada tanya perserta tentang apakah WHY?? anda...aku pun first time jugak dengan WHY??WHY?? nak buat biz ni...awalnya jawapan semua sama...nak kaya...nak bebas kewangan....tapi menurut beliau...WHY yang ada dalam diri kita mestilah kuat/kukuh walaupun hujan ribut atau tsunami datang kita tetap dan tak akan berubah dengan WHY kita....

So saya masih tak faham apa itu sebenarnya WHY??? dan bila Afdlin explain dan memberiakn contoh barulah faham tentang WHY yang dimaksudkan...

BIG WHY? adalah kenapa dan apa tujuan kita buat apa yang kita buat sekarang ...contohnya berniaga...WHY kita berniaga....

Ok...saya cuba share BIG WHY saya...


WHY? SAYA NAK BERNIAGA?

1) SAYA NAK BANTU KEDUA IBU BAPA SAYA YANG DAH BANYAK BERSUSAH PAYAH KERANA SAYA DARI KECIL SAMPAI DEWASA.
- Dengan berniaga sahaja saya dapat bantu mereka jika mereka sakit sebab saya ada kebebasan masa untuk balik ke kg tanpa terikat dengan bos.
- Saya nak bayarkan semua hutang mereka supaya mereka dapat kurangkan masa bekerja mereka.So mereka ada lebih masa untuk beribadat
- Saya nak bagi mereka sara hidup setiap bulan jadi mereka tak perlu bersusah payah fikir keadaan ekonomi yang mendesak.Biar saya yang fikir.
- Nak bagi rumah yang selesa kepada mereka.

2) SAYA NAK MASA BERSAMA ANAK-ANAK & KELUARGA>> NAK LIHAT MEREKA MEMBESAR DEPAN MATA.
- Dengan berniaga sahaja saya dapat memantau anak saya 24/7
- Saya dapat menjaga keluarga saya 24/7

3) SAYA TAK SUKA TERIKAT DENGAN BOS.TAK SUKA MASA YANG DIATUR DEMI KEKAYAAN ORG LAIN. ( TAK SUKA MAKAN GAJI)
- Saya tak suka kerja dengan orang lain.
- Saya tak boleh diarah
- Saya tak suka dengan masa kerja atau jadi seperti kebanyakan orang keluar pagi dan balik malam hanya untuk menerima gaji yang sentiasa tak cukup.
- Pengalaman saya apabila kerja dengan orang lain saya akan "mengantuk" atau mudah nak tertidur dan jadi seperti langsung tiada semangat.

Itulah antara BIG WHY saya...sedar tak sedar dah hampir 10 tahun tak makan gaji atau kerja dengan org lain...saya memang tak boleh kerja dengan org lain kerana sebab -sebab di atas...apa pun jad saya tetap nak juga berniaga tapi rupanya cara saya salah...

Saya ego dan berlagak saya dah tahu semua...maklumlah....pernah belajar kat Universiti dulu pasal marketing,pasal biz,pernah join MLM...konon2 serba serbi dah tau...tapi sebenarnya saya silap....sebab tu saya tiada peningkatan hidup yang banyak...mendatar je kehidupan saya...

Lepas saya dengan Kuliah Online tu...baru saya sedar sebenarnya...apa yang saya tahu tu sikit sahaja...saya kene dapatkan ilmu,dapatkan mentor yang akan guide saya dalam perniagaan sebenar....Insyaallah saya kan masuk kelas Dr Azizan bulan Disember ni IMKK...saya  nak belajar 'buit duit" dengan biz COKLAT...saya nak capat RM1 JUTA pertama saya sebelum umur saya mencecah 32 tahun pada 21 DISEMBER 2016.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...