Pages

Thursday 22 October 2015

Cerita coklat lagi...Nak Mula Perniagaan Coklat.




Coklat...coklat...
Pagi ni saya bangun tidur awal..tengok video DR Azizan Osman, baca blog-blog motivasi,tips pemasaran dan macam-macam lagi bahan bacaan berkaitan perniagaan...sebenarnya dah seminggu saya mencari ilmu di Internet..sebabnya kami sedang diuji dalam perniagaan dan rasa tak ada improvement...rasa down sangat2..jadi saya keluar dari KL seketika untuk mencari idea dan audit semula diri,perniagaan ,betul atau tak jalan yang saya pilih selama ini....

Jawapannya...apa yang kami suami Isteri ni buat lebih kepada bekerja sebagai FREELANCE..menjadi agen Pinjaman Bank,Pinjaman Berlesen dan juga Broker Kereta.Kesilapan saya menganggap ianya adalah perniagaan..sebenarnya TIDAK...

Kenapa saya cakap TIDAK sebabnya saya tak nampak ianya boleh berkembang dan tak boleh diwarisi...takut-takut nanti bila usia dah senja baru tersedar....(tapi saya tak cakap jadi agen pinjaman atau broker kereta itu tak bagus....) cuma tak kena dengan MATLAMAT saya untuk membina empayar perniagaan,mencari 100% pendapatan HALAL dan perniagaaan yang boleh DIWARISI...

Ok berbalik cerita coklat tadi...idea ni saya pernah dapat kalau tak salah last year..dan saya pernah berguru sehari dengan Pengusaha Coklat Chocs Valley...(sangat baik orangnya..tak lokek ilmu)..saya nak buat perniagaan coklat..tapi setelah berfikir banyak kali (masa tu tiada ilmu....tiada duit yang cukup..) saya tangguhkan niat saya untuk menceburi perniagaan ini...

Dalam berkira-kira nak masuk bidang coklat ni saya ada juga buat list produk atau biz yang berpotensi untuk dijual...tapi akhirnya saya dan suami memilih untuk Menjual Kereta!!!....haa...Alhamdulillah lepas 7 bulan dah merasa upgrade kereta elok sikit daripada Wira kami tu....(bolehla daripada takde....)

Bila dah upgrade kereta...timbul pula persoalan lain...sampai bila nak jual kereta??..walaupun Jual beli kenderaan ni ada potensi besar untuk kita buka showroom atau used car sendiri...tapi tak menepati salah 1 MATLAMAT asal saya iaitu..
1) MECARI REZEKI 100% HALAL >>> YANG NI MASALAHNYA...
2) MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN 
3) BOLEH DIWARISI...

ye...

Mencari rezeki 100% halal..saya tak cakap jual beli kereta tu tak halal..Kalau melibatkan urusan jual beli secara TUNAI tak ada masalah tetapi saya uruskan jual beli kenderaan secara hutang dengan syarikat KREDIT...Ianya melibatkan beberapa proses yang saya rasa tak berapa nak menepati..contohnya semasa urusan pinjaman dibuat..ada beberapa proses penipuan..(saya x suka...) dan ada sikit isu rasuah ..(tak perlu cerita detail...)

Jadi saya rasa ...saya perlu cari perniagaan yang betul-betul boleh menepati 3 MATLAMAT UTAMA saya tadi...jadi pagi tadi saya terfikir untuk kembali kepada idea asal untuk Memproses,membuat & Mengedarkan Coklat...

Kenapa Memilih Coklat>>
- Sebab saya rasa susah umat Islam nak cari coklat halal...lambakan coklat di pasaran semuanya bukan Islam yang buat...status HALAL pun diragui...kadang-kadang tak ada tanda halal pun....
- Coklat mudah jual..semua peringkat usia pun makan coklat..
- Coklat tak lapuk di hujan tak telan di zaman...dari dulu sampai sekarang masih makan coklat....
(Insyaallah in future akan cari ilmu lagi berkaitan coklat..)

Tindakan yang pertama saya>>>
- Check jadual kursus dengan LKM >> date dah dapat
- Daftar kursus DR Azizan Osman >> IMKK bulan DEC dan Klinik Usahawan pada NOV.
- Buat sedikit research berkaitan industri coklat.
- Cari mentor >> saya nak cuba jumpa semula owner chocs valley...

Insyaallah..kali ni saya nak Istiqamah dan FOKUS dengan keputusan saya buat pagi ni...
Semoga kali ini saya akan berjaya..Amin...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...