Pages

Thursday 22 October 2015

Ulasan Buku: KE MANA WANG ANDA? OLEH HAJAH ROHANI.


ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdullah..masih bernafas di bumi ini..dah lama tak update blog...super busy akhir-akhir ni...mengejar kekayaan tetapi...tak kaya-kaya...Sedar tak sedar dah pun nak masuk hujung tahun...List Matlamat banyak lagi tak tercapai...There must be something wrong somewhere...
Berpeluang ke kedai buku..sebenarnya dah lama jugak tak jejak kedai buku...terjumpa dengan buku ni...sebenarnya memang mencari-cari Buku berkaitan kewangan ...kene tambah ilmu sebab dalam tempoh hampir setahun ni masih tiada improvement dalam ekonomi dan pengurusan kewangan keluarga...
Ok kita teruskan dengan ulusan buku ni...
Buku ni memang bagus..terutama sekali bagi mereka YANG TIDAK MERANCANG KEWANGAN DARI AWAL.Saya sendiri terbuka MINDA apabila membaca buku ni..dan tak pernah terfikir bahawa saya pun boleh jadi JUTAWAN pada usia persaraan nanti walaupun tak bekerja dan mempunyai simpanan KWSP...!!Haaa....macam mana tu?...kenalah baca buku ni...

Buku ni juga tekankan untuk kita ambil PERLINDUNGAN dan Rancang SIMPANAN dari awal..lebih awal kita menyimpan atau menabung lebih tinggi pulangan yang kita dapat melalui Amanah-amanah saham dan sebagainya...
Yang penting juga dengan membaca buku ni..kita dapat membuat perancangan bagaimana nak beli RUMAH,PEGI HAJI,BAYAR HUTANG,BELI KERETA dengan cara yang betul..
Saya tak pandai nak ulas panjang-panjang..apa pun Saya sangat cadangkan untuk BELI BUKU ni..sebab sangat baik untuk tambah ilmu dan perbetulkan kewangan anda.

Alhamdulillah saya dah baca..dah nampak kat mana yang saya perlu perbetulkan..Insyaallah..tahun 2016 akan bertambah sihat ekonomi keluarga kami.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...