Pages

Showing posts with label Kisah Seminar Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Seminar Aku. Show all posts

Thursday 28 September 2017

IMKK OKTOBER 2017 AKHIRNYA BERJAYA DAFTAR...!!


Alhamdulillah..

setelah bertahun bercita-cita nak ke IMKK akhirnya tuhan dah makbulkan doa utk daftar ke imkk..

Harapnya..

semua berjalan lancar sehingga dapat jejakkan kaki ke dewan imkk kat idcc nanti..

Bertahun menunggu nak ke sana..masalah kewangan tak ckup..

Ni salah 1 impian 2017..

nak mencari ilmu..nak belajar...
lepas join Like Method August,2017 ..belajar FBads..kita belajar ilmu bisnes pulak kat imkk..

Tahun 2018 ...

nak bersara dari kerja buat loan orang..nak mulakan bisnes coklat..nak bantu ramai orang lagi tambah income..nak bantu ramai lagi penggemar coklat menikmati coklat HALAL..

moga Allah permudahkan..amin..

Sambung next episode..nak buat kerja dulu..
Nak pikir apa list BENGANG..
nak bawak pegi imkk😎💪




Sunday 21 September 2014

Kisah Seminar dan Kursus Aku akan follow



Aku sangka aku dah hebat berniaga...lepas pelbagai dugaan yang tuhan bagi pada aku..aku bagaikan terhantuk dan sedar dari mimpi dan lena akau selama ini..
Yeah!! aku dah bagun dari tidur..
Setelah hidup aku lintang pukang aku check balik diri aku apa masalahnya aku ni ..
Jadi bila dah spot check aku pun tau kurangnya di mana..ILMU..
Dah laam tinggalkan universiti..almost 8 years..selama tu aku tak pernah mencari ilmu dengan cara yg betul..setakat baca buku tapi tak berguru..

Now aku dah start berguru..first step..aku join program doc Azizan Osman di Citu Bayview, Melaka.bagaikan dah diatur akhirnya aku berjaya sampai ke sini..tepat jam 8 pg aku dah berada di lobi Bay view hotel..kids pulak masih tidur kat rumahh tok wan..hubby pulak hantar aku..dengan semangatnya aku hadi dan aku kosongkan otak..


Seminar ni dipanggil klinik usahawan F.O.C je.Banyak ilmu yang telah di share oleh Doc..mmg perniagaan yg mudah sebenarnya dengan ilmu dan sistem pun boleh jadi jutawan tau...
Selepas klinik ni ada Seminar lanjutan iaitu Marketing Mastery..tapi aku tak pegi memandangkan duit aku tak cukup..(hidup lintang pukang that time..so not enough budget)
So tak terhenti di situ..ilmu tadi aku praktikkan..idea dtg mencurah2..

Kebetulan selepas klinik..
Masa jalan kat sekitar MITC..ternampak ada expo kat situ..so kami decide singgah..
Kat situ ada Matta fair dan juga expo pertanian..
Dah tak berapa nak cukup budget tak berminat sgt dengan matta fair tu..so aku pegi expo pertanian..kat situ bnyk org jual baca dan pokok...masa jalan2 kat situ ada lebih lurang 4 booth jual coklat..ha..kat sini bermula kisah aku...

Aku pun beli la coklat2 yg comel kat situ..sambil aku beli aku pun berbual dengan pengusaha coklat..dan sampai kat 1 booth ni..akak tu peramah sangat..rupanya beliau ada pengusaha dan pengilang coklat di Nilai.
Aku tnya kat akak ni..macam mana pasaran coklat ok x?..then akak tu jawab...sebenarnya kita kekurangan pengusaha coklay..wow!!
Kurang..aku terus tertarik dengan kata2 akak ni..aku tnya dengan dia macam mana nak hasilkan coklat..dia pun guide aku dari first step apa yg patut aku buat...jd bermulalah perjalanan aku dengan coklat pulak!..

Sekarang aku tgh tunngu date utk kursus coklat dengan Lembaga Koko..nah..link jadual kursus Lembaga Koko..aku ambik kat Sg Besar utk 3 hari...


Dalam masa terdekat aku kat visit kilang akak tu di Nilai untu belajar..moga aku akan jadi one of the Industry Player someday..Amin..Niat aku cuma nak meningkatkan taraf kehidupan dan mempunyai business yang stabil..business yang boleh diwarisi..akyu target sebelum umur 35 aku akan menjadi seorang Jutawan..Amin..


Kata Semangat Sikit dari sifu..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...