Pages

Tuesday 21 July 2015

RAYA 2015 BERSAMA SAHABAT KELAS 5B - 2001


Alhamdulillah..tahun ni dapat bertemu sahabat lama yang dah memang lama tak berjumpa..semuanya sihat-sihat.Persahabatan yang dah lama terjalin tak  mungkin akan terlerai dengan mudah...moga persahabatan kami semua kekal hingga ke akhir hayat.

Kali ni dengan tak ada perancangan kami dapat beraya bersama..mula-mula Ani,Joe dengan Cedi datang kerumah aku nak beraya..nasib baik dieorang datang awal seminit kalau tak memang aku nak keluar beli pampers si Mia sebab stok pampers dah habis.Dah datang rumah aku jamu dengan juadah raya dengar pulak dieorang nak pusing rumah kawan-kawan..tak jadilah aku pegi kedai..terus join dieorang jalan raya..ingatkan sekejap je..rupa-rupanya sampai ke malam..habis semua rumah kami pusing...(mana yang ada kat kampung je la....) ramai juga yang tak ada sebab ikut giliran suami/isteri masing-masing.

Ini je gambar raya yang ada tahun ni..Insyaallah kami akan buat foto shoot untuk keluarga pulak sebab hari tu tak sempat nak bergambar..sibuk betul plus tak cukup tidur sebab terkejar ke sana dan sini dalam sehari merentas banyak negeri dengan perjalanan hampir beribu kilometer.Inilah raya tahun ni..raya macam gile sebab ada kereta baru..hahaha...

Nanti aku akan kongsi post pasal kereta pulak...macam mana last minute aku dapat beli kereta yang kami nak tapi rasanya tak mampu sebab downpayment tinggi sangat tapi akhirnya rezeki kami jugak...

- bersambung post akan datang pulak...





Bergambar di rumah Hajah


Bergambar di rumah Noriah


Bergambar di rumah Mior

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015



Alhamdulillah..kedatangan Syawal di sambut dengan gembira..berlalunya Ramadhan..walau macam mana pun hati tetap sayu sebab Ramadhan bulan paling Mulia antara bulan yang lain dah berlalu..tak tahu samaada sempat atau tidak bertemu Ramadhan akan datang.

Kali ni semuanya berjalan lancar..Ramadhan pun kami dapat lalui dengan baik walaupun tak berapa sempurna seperti yang diharapkan tetapi Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.Kali ini urusan kami dipermudahkan dari awalnya dan kami dapat lalui dengan tenang.

Sambutan Aidilfitri kali ni kami sambut dengan sederhana.Tak banyak gambar keluarga yang dapat aku ambik memandangkan masa sangat singkat.Kami lebih banyak berziarah melawat sahabat dan keluarga.Alhamdulillah hajat tercapai untuk melawat sedara mara dan sahabat dan yang paling penting dapat beraya bersama anak-anak.

Raya pertama, kami beraya di Pahang dan Melaka bersama anak-anak dan raya ke-2 kami beraya di Perak.

Monday 13 April 2015

Trip Kg Pelindung,Kuantan- Battle Of Jigger 2015


10 April,2015 - 12 April,2015
Trip Pelindung,Kuantan.

Dah lama tak berkesempatan update blog..
Tahun ni sibuk sikit sebab buat 3 business dalam satu-satu masa.
Nak update blog sampai tak sempat..

Untuk tahun ni aktiviti kami sibuk dengan memancing.Pancing sana..pancing sini.

Merata-rata kita berjalan sebab cari spot memancing..start dari bulan Feb sampai la bulan April sekarang ni setiap bulan masih lagi memancing..haha..hilangkan stress bekerja..

Kali ni Mr suami ikut trip memancing di Kg Pelindung,Kuantan.
Memang best tempat ni walaupun ni first time kami ke sini.

Alhamdulillah kami tiba di sini tanpa sesat.First time sampai kat sini memang teruja dengan pantainya yang cantik..tak sesibuk macam Teluk Cempedak walaupun pantai ni sebelah-sebelah je.

Berbalik cerita masa mula-mula sampai kami cari homestay atau hotel mengikut budget..hehe tahun ni setiap kali travel kami ada "budget" dan " Log Book" untuk rekod perbelanjaan kami supaya budget tak burst untuk next trip..

Setelah puas menjelajah dari Pantai Kg Pelindung hingga ke Balok mencari tempat menginap kami ternampak hotel ni agak cantik dan agak murah.Hotel Le Village.


 Kami ambil Chalet yang berdepan dengan Pool..dah tau dah anak-anak suka terjun pool...
( gambar ihsan google-sebab tak dapat nak upload gambar kami ambil di sini)


Ada 3 pool di sini..kat belakang sekali tu beach..cantik...
so boleh mandi pool..boleh juga ambil angin di pantai..pantai dia mmg cantik..
( gambar ihsan google)


Hari ke-2 kami keluar dari hotel ni dan mencari homestay berhampiran pantai pulak..

sebab hari ke-3 nanti kami perlu extend masa sampai ke malam sebelum keluar sebab Mr suami punya event akan habis dalam malam jadi kami rasa membazir untuk check in lagi 2 hari sebab hari ke-3 kami akan terus balik bersama hasil laut yang en suami dapat..

Sekali lagi menggunakan khidmat google map untuk mencari homestay atau chalet berhampiran pantai..dan terjumpalah homestay ni..Mutiara Karang Beach Homestay.

Alhamdulillah tuan punya homestay benarkan kami extend sehingga malam dengan tambahan bayaran RM40.Dan Untuk sehari semalam RM80 + RM40 (untuk extend).

Saya sangat recommend Homestay Mutiara Karang Beach ni sebab owner Homestay ni sangat peramah dan baik hati.Homestaynya bersih dan yang penting bersebelahan dengan laut.Anak-anak suka sebab dapat main pasir dan  berendam di dalam laut.


gambar hadapan Homestay



laut kat depan homestay ni je..



pemandangan di pantai depan homestay Mutiara Karang

Berakhir sudah trip percutian sambil memancing selama 3 hari 2 malam di Kuantan kali ini..walaupun first time ke sini tapi kami puas hati.Lepas ni akan kerap kami ke sini sebabnya sebelum ni kami ke Melaka je.

Kami sekeluarga memang suka pantai,laut dan tempat percutian.Keje macam kami ni selalu stress je..sekali sekala dapat keluar jauh dari KL rasa best sangat.


Gabungan pemancing KL - Kuantan 2015





Friday 2 January 2015

MATLAMAT 2015

Matlamat pada tahun 2015

1) Memulakan perniagaan teh bunga pada Januari,2015 
- Tak jadi biz ni sebab susah.banyak prosedur.Tukar produk yang senang sikit untuk permulaan ni.
2) Mencapai jualan RM 1juta dalam masa 1 tahun
3) Mempelbagaikan produk pinjaman pada tahun 2015
- Dah buat 3 jenis loan.Alhamdulillah berhasil.
4) Sales untuk pinjaman sekurang-kurangnya RM100k
5) Upgrade kereta untuk mudahkan perjalanan 
- Dah beli Waja CPS
6) Beli rumah
7) Bagi mak dan abah Rm500 sebulan sekurang-kurangnya
8) Bayarkan hutang mak
9) Selesaikan masalah muka - jumpa pakar
10) Ubatkan tirod - jumpa pakar
- Dah buat blood test..lepas ni follow up kat BP Specialist Rawang sahaja.
11) Balik kg selang 2 minggu antara rumah sendiri dan mertua
12) Bercuti setiap 3 bulan ke Langkawi,Singapore,Jb,Penang
13) Saving sekurang2nya RM10k pd 2015
14) Saving anak-anak sekurangnya RM2k seorang
15) Selesaikan hutang kereta Wira 2015
16) Selesaikan hutang ptptn,ctos dan blacklist papa.
17) Mensasarkan untuk buka kedai teh bunga konsep santai
- Tak jadi buat dalam masa terdekat.

Ini antara azam dan matlamat 2015.Moga akan jadi mudah..amin.

SELAMAT DATANG 2015


Selamat datang 2015...
Alhamdulillah Allah masih memberikan aku nyawa untuk menikmati hidup di tahun 2015.
Untuk hidup aku di tahun 2015 Alhamdulillah tak seperti tahun sebelum-sebelum ni agak susah sikit.tapi Alhamdulillah tahun ni permulaan yang baik apabila melangkah ke tahun baru segala masalah 2014 telah diselesaikan dengam sempurna.

Mengimbau semula 2014..
1) Hidup aku agak susah dalam setahun ni sebab aku diganggu owner kereya Myvi yang aku ambik sambung bayar.Tak ku sangka rupanya betul cakap mak aku org macam tu tak berapa cerdik jangan berurusan sebab kelak menyusahkan.Akibat tak dengar cakap mak macam tulah..memang jadi kenyataan.Owner kereta tu memang susahkan aku dan aku juga berjaya pulangkan kereta myvi tu pada bulan 10/2014 di Balai polis Sungkai.Sampai ke balai setel kes ni.Memang perit dalam tempoh setahun sebab aku kene berdepan dengan meeka yang berjaya buat hidup aku serabut.Bila dah serabut susah nak buat keje dan income pun teruk.

2) Lepas selesai kereta kami berhadapan 1 lagi masalah apabila kami telah diarah mengosongkan rumah sewa by tuan rumah.Kejadian ni berlaku paa 11/2014.Memang dah nekad juga nak pindah tapi bila difikir 100x ,masih ada jalan penyelesaian kepada ,masalah kami.Akhirnya setelah en suami cuba berbincang dengan tuan rumah akhirnya kami boleh tinggal di sini lagi.Dan kami juga berniat untuk tak pindah dari sini hingga kami mampu beli rumah kami sendiri.

2014 tak ada warna sangat..biz kami pun agak teruk..hidup kami biasa sahaja pada tahun 2014..yang aku ingat sepanjang tahun bermasalah kerana kes Myvi tersebut..bila masalah terakhir kami iaitu rumah sewa selesai aku amat bersyukur sebab anak-anak aku masih berteduh di tempat yang agak selesa dan berakhir sudah ,masalah besar aku.Hujung bulan 12 Alhamdulillah ada rezeki yang Allah bagi pada kami sekeluarga..jadi kami melangkah 2015 dengan ,masalah yang telah selesai..2015 kami mulakan hidup baru.

Detik gembira kami:-
1) Naim berjaya naik pentas dapat no 3 dalam kelas.Alhamdulillah walaupun mid term test dia dpt no 30 something..dan final exam dpt no 3..peningkatan mendadak.

Sekian untuk tahun 2014.Banyak duka dari suka.Tapi aku juga belajar dari kesilapan..belajar lagi mengenal orang..
Semoga 2015 akan lebih mewarnai hidup kami.

Saturday 27 September 2014

Kisah Aku & Arnab Comel ku.

Buah hati penawar duka selain manusia yang berada disekeliling kami adalah 2 ekor arnab comel yang kami sayang...

Nama 2 ekor ni asalnya sedap...atan dan atoi..(masa tu x tau jantina ) rupanya2 betina 2-2 ekor ni..lama kelamaan nama dah terbiasa panggil si lebam dan si gemuk...sebab sekor tu mata dia nampak macam kene tumbuk haha...panggillah si lebam dan sekor lagi gemuk sebab dia gemuk..2 ekor arnab aku dari jenis Teddy Bear..

Macam mana boleh bela arnab 2 ekor ni??..
asalnya dari FB..ternampak Abg Mustapha Kamal (artis tu...)nak let ho arnabnya..so aku ni pun PM lah..sebenarnya nak jumpa je Abg Mus dari dekat..haha..tu je reason pun bukan pasal arnab...mmg jumpa pun Abg Mus ,wife dia dan anaknya..keluarga ni mmg peramah dan baik sangat..

Berbalik cerita arnab tadi..lama kelamaan jadi sayang dan dah jadi sebahagian keluarga kami..kemana kami pergi pasti bawak si arnab ni..tak boleh tinggal tau..Kalau tinggal pun pasti anak2 akan nangis...sedih...


Ni si comot 2 ekor..
lebam sebelah kiri dan gemuk sebelah kanan..

Kat atas tu muka sedih lepas kene tinggal 3 hari kat Pahang...bila jumpa sungguh exited arnab ku ini..sebenarnya aku yg risau kat dieorg ni sampai tak senang duduk...haha

Hari ni aku bawak keluar arnab dari sangkar ajak dia lepak2 kat atas kerusi ni..tiba2..si lebam..rindu agaknya..terus naik ke riba aku..sebelum ni tak pernah pun dia nak duduk kat aku secara suka rela..kene tangkap baru nak duduk diam..tapi hari ni lepas kene tinggal..terus dia baik dengan aku...haha... agaknya mintak jangan ditinggalkan kot...

Seronok pelihara haiwan ni..sebab lama kelamaan kita akan dpt memahami mereka..


kids bagi makan muruku kat gemuk..
suka pulak dia makan muruku..



Tengoklah budak2 ni..
Mia pulak nak suapkan si gemuk..
masa ni si lebam duduk atas riba aku takmo turun..


Inilah muruku yang dieorg suapkan kat mulut si Lebam dan Si Gemuk...

Sejak kehadiran 2 ekor ni dalam hidup kami..bertambah ceria..percayalah..kalau korang pelihara apa2 haiwan..mesti rasa reda kalau nak marah bila tgk muka dieorg..

Danial request kat aku nak adopt kucing..tapi tak larat aku nak jaga sebab aku tak tahan bau poo poo dia..hehe..

Ok ni je kisah arnab yang jadi penyeri dalam family kami..doakan arnab kami panjang umur ye...

First Time Makan Banana Cheese

Tekak teringin sangat nak merasa apa itu Banana Cheese...
Mungkin bagi sesetengah orang dah makan dan dah muak dengan Banana Cheese.Bagi aku yang tak berkesempatan nak merasa kesedapan Banana Cheese tu.. memang nak sangat mencari..

Akhirnya...
Ku ketemu juga dengan Banana Cheese yang diidamkan..jumpa kat Ilyn Cendol House Kuang.

Kat atas ni gambar kedai ilin cendol house kepunyaan Bob Lokman.Terletak di Kuang.


Nah ambik ni Banana Cheese...

Rasanya sedap la jugak..rasa nak makan lagi..Mr Hubby tak excited dan langsung tak interested dengan pisang ni..(dia tak suka kuih...haha senang hidup aku kan??x payah buat kuih.... )
Ada sesetengah kedai yg aku tengok (tgk kat FB..) pisangnya besar2..tapi kat sini dia potong kecik2..jadi tak mual nak makan..

Itu je cerita kali ni pasal Banana Cheese..selain tu nak promote jugak kedai Abg Bob Lokman yang kat Kuang tu..(korang kenal tak Bob Lokman siapa??..)



ni dia..artis tu....abg Bob Lokman
(gambar dari Mr Google)
X sempat jumpa lagi dengan Abg Bob Lokman ni..

Kat kedai dia ada macam2 makanan yang sedap2...macam Laksa,Mee Udang,Mee Kari ,Cendol,ABC,Banana Cheese,Cucur Udang..Pagi pulak dia ada jula sarapan..macam-macam ada.....Try la datang sini kalau berkesempatan..memang terbaik!!!.

Ini sahaja kisah aku dan Banana Cheese untuk kali ini..nak mencari tempat lain pulak..kot2 ada yang lagi sedap atau pelik..hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...