Pages

Saturday 12 August 2017

Cara beriklan di Facebook gunakan profile FB zero kos

Malam ni nak share dengan sesiapa yang tak tahu nak guna personal profile fb untuk beriklan..sebenarnya tak bagus gunakan personal profile untuk beriklan..tapi untuk beginner yang belum ada modal boleh cuba cara ni.

1- Create Fb guna nama betul atau nama panggilan
- Bila create acc fb harapnya anda tak guna nama insan sepi,si bulan, si comel,si bunga atau nama-nama pelik yang tak profesional.Nanti org ingt korang tak serius berniaga..diaorg pun tak kenal siapa la pemilik akaun fb tu.

2-Penuhkan FB dengan 5000 orang friend
- Make sure friend yang korang add tu targeted utk niche produk korang.Cth:-Jual make up..jangan add lelaki kalau boleh ramaikan kawan perempuan.

-Pastikan juga korang tahu mereka dari mana..berkerjaya atau tak..jangan main add je..sampai org luar pun korang add..konon nak sampai international..sabar dulu...penuhkan fb dengan org tempatan dan make sure korang tahu di mana merek tinggal...

-Tips nak add friend sehari target 20 - 50 orang sahaja..kalau ramai sangat takut nanti kena block..konsisten buat macam tu setiap hari lama-lama ramailah friendkan


3-Bila dah penuh jangan terus menjual (hard sell)-buat "personal branding" dulu
- Kalau nak promote dalam fb personal jangan selalu hard sell atau erti kata lain update status nak menjual je..nanti semua orang menyampah.

-Dalam fb org nak bersosial..nama pun sosial media..org nak berkawan-kawan..ala..macam kita lepak kat taman..tujuan dtg nak beriadah tiba2 datang salesman buat sale..tak sukalah kan..meluat menyampah semua ada..

-Utk permulaan..bina "personal branding"..apa tu ye
...ha..personal branding ni macam nak bg org kenal korang la..korang ni dari mana..dah kawin ke belum..kerja apa..asal mana..kat wall tu updatelah pasal kehidupan korang sikit..

- Cth macam pegi taman tadi..ada jumpa dengan org kan..tiba2 org tegur ajak sembang..kita pun boraklah..mesti kita tnya..duduk mana..anak berapa..benda command kita borak..macam tu lah..kita kena bagi org kenal dulu siapa kita..lepas tu bila status kita lalu kat wall diaorg..barulah diaorg kenal..

4-Bila orang dah kenal barulah selesaikan masalah diaorg..
- Sekali sekala kita update masalah berkaitan produk yang kita jual..cth:-Jual ubat jerawat..buatlah status pasal jerawat kemudian bagi solution.

- Selalulah update info-info yg bersesuaian dengan produk yang korang jual tu.Biar orang kenal anda sebagai pakar utk selesaikan masalah tersebut.Bukan semata-mata nak jual je.Nak menjual kena ada ilmu..selalulah buat research cari info berkaitan produk yang anda jual.

5-Update Fb sekurang-kurang 6x sehari
Yang ni memang penat sampai tak ada idea..korang kena rajin sebab tak keluar kos usaha kena lebih sikit sebab nak bagi orang nampak kita wujud waktu yang sesuai nak update (masa ni saya selalu update kat fb jugak)
1) 6-9 pagi
2) 1ptg-3ptg
3) 9mlm-12 pagi

6- Update testimoni dari yg dah berjaya
-Dapatkan testimoni kalau boleh yg korang punya cust ye..jangan tipu guna org lain punya..sebabnya..customer rasa tak real..semua nak copy paste aje..jadi diaorg nak beli pun x yakin yelah zaman canggih mungkin jugak gambar edit..testimonial ni bnyk jugak bantu saya utk dapatkan sales..

Sedikit tips nak bagi Status FB korang meriah dapat banyak like dan komen

Utk dapatkan bnyk like dan komen anda kena komen dan like status friendlist korang jugak.Jangan harapkan like dari org je..kita pun sama kena aktif like dan komen org punya status.

Sebabnya..

Kalau korang malas nak buat tu..sebenarnya org lain tak akan nampak status korang lalu kat wall diaorg..ok..bayangkan kalau mereka ada 5000 friend jugak..diaorg takkan nampak semua status..hanya yg aktif like dan komen sahaja akan selalu nampak kat wall..koramg tak caya?? Korang try buat..antara cara nak naikkan "engagement"

UPDATE STATUS SELAMAT PAGI Paling mudahh nak kekalkan engagement adalah waktu pagi..update status Selamat pagi..dan lepas tu anda pun like dan komen status org jugak utk naikkan engagement..




Contoh status Selamat pagi

Kalau boleh update setiap hari sampai engagement korang makin meningkat ye..

Risiko menggunakan personal fb..
- Berkemungkinan fb korang kena block (standbykan beberapa akaun fb sebagai back up bila kena block)
- Iklan x dilihat ramai org..kena rajin post ke group-group (akan explain dalam next post)

Sambung lagi next post




Rutin Weekend

Aktiviti setiap hujung minggu memang akan bawak anak keluar ke taman jalan-jalan,jumpa kawan diaorang..yelah rumah sekarang memang tak ada kawan..masuk je rumah tutup pintu memang tak nampak orang..lagi pun budak-budak kat sini memang tak merayau..kat swimming pool pun tak ada budak melepak..

Nak bagi anak-anak berkawan bagi diaorg happy enjoy selepas 5 hari belajar..pegi sekolah balik sekolah..kami pun bawaklah diaorg jumpa.kawan-kawan kat taman..



  Muka EL happy je..

Danish pulak sibuk nak mintak abg tolak dalam stroller

Yang lain-lain tak sempat nak snap gambar dah melompat dengan kawan-kawan..

Cuaca hari ni tak berapa baik..dalam pukul 6 lebih hujan dah turun..jadi terpaksalah kami balik sebab takut 2 babies ni demam..dah la baru je baik demam..

Jadi sesi bermain sambung esok pulak..biasanya Sabti & Ahad memang setiap.petang kat sini melainkan kalau kami blk kampung atau jalan-jalan memang tak muncul..kesian kat kawan anak-anak tertunggu-tunggu..yelah kan..seminggu 2 hari je jumpa kat taman..



Friday 11 August 2017

Dari Laguna Biru ke Putra One

November,2016 kami berpindah ke Putra One Bukit Rahman Putra.Akhirnya keluar jugak dari Laguna Biru.

Dah hampir 6 tahun kat sana terpaksa keluar sebab nak tukar circle..dari biasa2 ke yg lain dari kebiasaan kami.




First time jejak kaki kat sini hati mmg dah suka..rasa semangat nak kerja..yelah..kami suami isteri kita working from home je..so bnyk masa habis kat rumah je..jadi penting sgt utk dptkan rumah yg blh buat office dan blh besarkan 5 kids ni dgn selesa.

Masa nak pindah pun 3x kami packed barang tp x jadi move out..sayang sgt nak tinggalkan Laguna Biru..tp kena kuatkan hati..masa tak tunggu..kami kena terus upgrade..tukar circle kami.



Anak2 pun suka sebab kat sini ada swimming pool so tak payah nak cari hotel yg ada swimming pool lagi..anak-anak pun ada aktiviti nak buat.

Sambung lagi next post EL dah nangis..

Raya 2017


Alhamdulillah..inilah familyku..nyawa aku..tahun ni kami raya kat Penang..meriah kat sana..tak sempat nak snap banyak gambar raya..

Nak jaga anak yg ramai tak mudah..x sempat nak main h/p..apa pun tahun ni memang best raya..

Lama tak update blog dah berhabuk.

Alhamdulillah..masih bernafas di bumi Allah.
Lama sungguh tak update blog..sepanjang 2 tahun ni busy yang teramat sangat..busy nak upgrade hidup..

Sekarang dah masuk August 2017..macam-macam pengalaman dah dilalui..dari anak 3 now dah 5.

Ok..sambung next post pulak..

Thursday 17 December 2015

Mentaliti ramai orang berkaitan biz coklat...Sangat Skeptikal


Hari ni aku menghadari meeting AIM macam biasa...cuma meeting kali ni dihadiri oleh pegawai wilayah dari AIM..so dalam meeting kali ni ada sesi soal jawab...dipendekkkan cerita...Officer AIM tu tanya setiap ahli apa projek yang sedang kami semua laksanakaan dengan pinjaman yang diberikan...

Sampai turn aku....

" Officer :Apa projek awak??
Aku : Coklat
Officer : Coklat ni bermusim permintaannya...macam musim org kawin,sambutan hari jadi...kene cari projek lain untuk tampung sebab tak cukup nak cover nanti. "

OMG!!!
I'm not doing this biz untuk supply coklat pada majlis org kawin..that's not my target/purpose...

Memang betul staff LKM cakap...org Malaysia mmg suka set mind...contohnya: coklat...semua pun cop as coklat...even gula2 tanpa campuran coklat pun kita cop sbg coklat.

Dan biz coklat...
Asal biz coklat ssupply untuk org kawin...

Role model
Dalam  biz coklat aku ambik company seperti Ryvera,Mokaya Coklat,Ns Galleria, Shweets,ANIS Coklat moist dan banyak lagi company melayu muslim yang dah berjaya...ada antara mereka dah pun bawa produk mereka ke luar negara dengan membina jenama masing-masing.
Even though company aku masih baru..tapi cita-cita aku nak tembus pasaran luar ke negara-negara Islam..dan yang penting nak sebarkan benefit tentang kebaikan memakan Real coklat..bukan compound seperti kebanyakan lambakan coklat dipasaran...

Beberapa hari ni tgh brainstorming nama company untuk register di ssm dan brand nama untuk our new choclate product...harapnya semua berjalan baik...memang rasa susah at first stage..sbb ini biz pertama melibatkan produk..selama ni offer servis je...

Apa pun 2016 lps dapat baby nanti aku start belajar...masuk macam-macam kelas,seminar & kursus untuk improve tahap knowledge aku...


Wednesday 16 December 2015

Kursus Asas Usahawan Coklat LKM 2-3 Disember,2015

Alhamdulillah...selesai sudah kursus pembuatan coklat bersama LKM di Nilai.

Tak sangka banyak ilmu yang diperolehi kat sana, sebenanya apa yang kita tahu berkaaitan coklat cuma sikit je...tak sangka bila masuk kursus banyak benda berkaitan coklat aku belajar...terutamanya perbezaan antara coklat Compound & coklat Convoture.

Dah pandai sikit pasal coklat ni...bila masuk klas LKM tu...rupanya tak ramai org yg 0 knowledge macam aku...ramai yang dah berjaya menjadi usahawan coklat...dieorg start from 0..tak belajar pun tapi dah create income ribu2...tak macam aku...nak belajar dulu baru nak start...aku sgt teruja sbb dieorg semuanya power2....ada di antara mereka pernah di interview oleh TV Al-Hijrah...

At first...aku sendiri blur...why i'm choosing choclate as my future biz atau main biz aku...sedangkan coklat ni bukan makanan harian atau makanan pilihan masyarakat di Malaysia...tapi bila dah masuk kelas...baru dapat ilmu dan baru aku tahu apa kelebihan menjual coklat...fokus aku...nak jual Real Chocolate...sbb susah nak dapat real coklat kat pasaran sekarang ni...yg ada semua compound which is not good for our health...hehe..nampak tak dah tau sikit....:P

Sebelum terus berceloteh pasal coklat....aku share dulu gambar aku kat LKM hari tu...


Bergambar masa 2nd day...


Penerangan info berkaitan coklat oleh pegawai LKM


Ni ahli group aku...seronok main coklat..


Yang ni tgh buat coklat tulen..
Demo oleh Chef K








Hasil coklat salutan...


Nampak sedapkan... 

Ini je cerita kali ni...Insyaallah lepas bersalin ni akan jalan projek coklat ni...aku pun dah register as Usahawan LKM..tgh tunggu approval dari pihak LKM..hopefully semuanya berjalan lancar...sebab aku nak join Kursus lanjutan pembuatan coklat dengan harga diskaun RM200 (yuran asal RM1900)...so nantikan apa cerita projek aku ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...